Tuesday, January 08, 2008

2nd tag for 2008

1. Bilakah saat-saat anda merasa boring dan bosan?
- Bila saya mempunyai sesuatu kerja yang tertangguh dan tidak boleh melakukan apa yang saya suka tanpa perasaan bersalah dan teringatkan kerja yang bakal saya harus selesaikan.

2. Bagaimanakah anda menghilangkan perasaan boring dan bosan tersebut?
- Dengan menyelesaikan perkara atau kerja tersebut yang perlu dilaksanakan, kemudian buat apa yang saya perlu, kemudian mungkin tidur pada jangka masa yang amat panjang.

3. Pernah anda merasa hendak memukul seseorang?
- Pernah.

4. Jika ya, bagaimanakah caranya anda hendak memukul orang tersebut?
- Bergantung kepada siapakah orang tersebut dan adakah jika beliau benar-benar layak(deserve) untuk dipukul oleh saya. Jika beliau adalah seseorang yang mana saya boleh pukul, maka kebiasaannya saya akan terajang beliau kerana saya akan merasa lebih puas jika menggunakan kaki. Tetapi jika sebaliknya, maka saya akan berfikir kepada diri saya bahawa 'kesabaran itu adalah separuh dari iman' walaupun saya tidak beriman.

5. Pernahkah anda mengamuk dan membaling barang-barang di sekeliling anda?
- Kadang-kadang juga.

6. Pernahkah anda mencintai seseorang? (termasuk sesame jantina dan berlainan jantina)
- Pernah.

7. Siapakah orang yang malang itu?
- Saya merasakan bahawa tidak ada orang yang malang, tetapi disebaliknya mereka adalah agak bertuah.

8. Berapa ramai orang yang pernah anda cintai?
- Saya tidak pasti.

9. Pernahkah hati anda dilukai?
- Pernah.

10. Apakah cara anda untuk mengubati luka di hati itu?
- Saya hanya berehat di katil saya di IJN kerana doktor yang melukakan hati saya itu telah menentukan tiada jangkitan dan telah memasuki antibiotic dalam bentuk cecair ke dalam badan saya melalui salur darah arteri saya. Saya rasa dia telah melakukan prosedur tersebut dengan baik sekali walaupun saya terasa amat sakit.

11. Antara tortoise, eagle, tiger, elephant, kuda, yang mana satu pilihan anda?
- Pilihan untuk buat apa?

12. Berapa ramai orang yang pernah menyukai anda? (termasuk sesame jantina dan berlainan jantina)
- Saya tidak pasti, tetapi saya rasa agak ramai juga, ataupun mungkin saya cepat perasan kot.

13. Pernahkah anda meniduri orang lain selain daripada isteri/suami anda sekarang? (juga selain daripada mak bapak, atuk nenek, pakcik makcik, adik-beradik, anak-beranak dan sedara-mare) – anda boleh tinggalkan soalan ini sekiranya anda rasa pernah berbuat demikian dan berasa segan untuk menjawabnya hehehe…
- Saya masih bujang maka soalan anda adalah tidak berkaitan.

14. Anda hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
- Saya tak makan, saya telan sahaja.

15. Apakah falsampah hidup anda?
- Apakah itu falsampah?

16. Adakah anda berasa menyampah dengan tag ini?
Tidak.

17. Jadi apakah yang akan anda lakukan sekarang?
- Selesaikan menjawab soalan tag ini dan klik pada butang 'publish post'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home